
Konflik rumahtangga pelawak Shuk Sahar dan isterinya Rossa Sera pernah menjadi bualan hangat sebelum ini apabila pelawak itu dikatakan curang.
Shuk Sahar dikatakan tak serik-serik apabila kantoi curang kali kedua walaupun isterinya sudah memberi peluang kedua untuk pelawak itu berubah.
Selepas kontroversi itu, pasangan ini dikatakan tak tinggal sebumbung dan Shuk sendiri dah menjual rumah mewah yang dibelinya.
Terbaru, Shuk menerusi beberapa hantaran di Instagram memaklumkan dia dan Rossa Sera akan menunaikan umrah bersama-sama. Kelihatan pasangan itu bergambar setibanya di sana.


Di TikTok, Rossa Sera turut memuat naik video ketika mereka berangkat menaiki kapal terbang dengan kapsyen ‘doakan kami berdua’ beserta emoji hati.
Doakan kami berdua
#fyp #rossasera #shuksahar
Di ruangan komen, para pengikut dan rakan artis mendoakan semoga pasangan ini kekal bahagia selamanya. Mereka mengucapkan syukur di atas peluang kedua yang diberikan Allah SWT kepada mereka.
Kredit: IG Shuk Sahar | TikTok Rossa Sera
The post “Doakan Kami Berdua” – Tunai Umrah Bersama, Shuk Sahar Dan Isteri Dah Berbaik? appeared first on Oh! Media.


