“Doakan kami”- Farah Lee Kongsi Detik Bunyi B*m Dan Kawasan Bergegar di Syria

1 Mar 2026 • 1:45 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Aktivis kemanusiaan, Farah Lee atau nama penuhnya Nurfarahin Romli, yang kini berada di Damascus, Syria bagi misi bantuan kemanusiaan, berkongsi detik mencemaskan apabila bunyi bom dan letupan kedengaran menerusi rakaman video yang dimuat naik di Instagram.

Difahamkan, bunyi letupan tersebut dipercayai berpunca daripada serangan udara melibatkan Iran dengan Israel dan Amerika Syarikat.

Artikel berkaitan: “Saya bersedia” – Farah Lee Kongsi Video Persediaan Sebelum Ditahan Oleh Tentera Isr*el

Artikel berkaitan: “Jangan risaukan kami, doakan rakyat Gaza” – Farah Lee Jelaskan Keadaan Kembali Terkawal

Difahamkan, Farah kini berada di Syria sejak beberapa hari lalu bagi menyampaikan sumbangan pek makanan serta bantuan Ramadan kepada penduduk yang terjejas akibat perang melalui pertubuhan kebajikan, Childrity.

Menurutnya, dia ada mendengar bunyi letupan bom dan merasai gegarannya.

Namun, Farah berkata, dia dan pasukannya berada dalam keadaan selamat kerana kawasan mereka setakat ini tidak terjejas.

Buat masa ini, mereka masih belum dapat pulang ke tanah air susulan penutupan sementara ruang udara yang menyebabkan banyak penerbangan dibatalkan.

Tapi insya-Allah semuanya okey. Kami di sini selamat sahaja, tak ada apa-apa. Cuma kami terkandas sebab ruang udara ditutup. Itu sahaja. We are all okay here,” jelasnya.

Farah turut memohon orang ramai agar mendoakan supaya serangan tersebut segera berakhir dan tidak berlarutan.

Sumber: Instagram Farah Lee

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.