'Doakan kejayaan kami'

7 Sep 2022 • 1:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Akram

DOAKAN kejayaan kami”.

Itu permintaan pemain tengah Kuala Lumpur (KL) City, Akram Mahinan memohon rakyat Malaysia agar mendoakan kejayaan mereka apabila beraksi menentang wakil India, ATK Mohun Bagan pada separuh akhir Piala AFC Antara Zon di Stadium Salt Lake, Kolkata, India, Rabu ini.

Akram bersama rakan sepasukan bersedia 100 peratus dari segi mental dan fizikal untuk melakar satu lagi sejarah dalam arena bola sepak Malaysia.

“Semua pemain bersedia. Kami mahu cipta sejarah lagi untuk KL City FC dan mara ke peringkat lebih tinggi.

“Jadi saya berharap bukan sahaja penyokong KL City, malah rakyat Malaysia untuk mendoakan kejayaan kami. Ini kerana jika kami berjaya ia bukan sahaja untuk penyokong skuad warga kota, tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia,” katanya kepada Sukan Sinar pada Selasa.

Dalam pada itu, Akram turut mengakui perjalanan panjang ke India sedikit memberi kesan kepada persiapan pasukannya menjelang perlawanan tersebut.

Bagaimanapun, pemain kelahiran Kedah itu enggan menjadikan ia sebagai alasan buat para pemain untuk mempamerkan aksi terbaik menentang Mohun Bagan.

“Tipu jika saya beritahu perjalanan ke India dengan transit lebih lima jam tidak menyebabkan pasukan keletihan. Bagaimanapun, saya yakin rakan sepasukan dapat sesuaikan diri dengan situasi ini dengan cepat.

“Alang-alang sudah penat tempuh satu perjalanan yang lama, kami nak buat sejarah di sini (India).

“Kalau boleh kami mahu mara ke peringkat seterusnya kerana kedatangan ke India bukan untuk lengkapkan jadual,” ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved