“Doakan Yang Baik-Baik Sahaja Dan Diam, Terima Kasih” – Haqiem Rusli

Entertainment
25 Apr 2023 • 10:08 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Gara-gara isteri kesayangan kini membuka hijab, penyanyi Haqiem Rusli dikatakan sedang mengalami masalah rumah tangga dan berantakan.

Isteri Haqiem, Anis Sofea dilihat ada memuat naik foto dirinya sudah tidak lagi berhijab di Instagram selain memadam gambar bertudung dan juga suaminya di media sosial itu.

Maklum dengan perhatian netizen terhadap isterinya, Haqiem kemudian menulis status berbaur peringatan di Twitter miliknya semalam.

image is not available 7 jam lalu

"Dia Baru 21 Tahun.." - Hijab Dah 'Terbang', Haqiem Rusli Enggan Paksa Isteri Bertudung

Doakan yang baik-baik sahaja dan diam, terima kasih.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat tetap menyokong penyanyi berbakat itu dan meminta agar Haqiem dan isteri bersabar dengan kecaman yang dilontarkan oleh sesetengah netizen.

Sekadar info, Haqiem dan Anis Sofea telah mendirikan rumah tangga pada November 2021 yang lalu.