“Doakan Yang Terbaik Walau Siapa Pun Jodoh Saya…” – Puteri Sarah Ada Terfikir Mahu Kembali Berkahwin, Akui Anak-Anak Bahagia Tanpa Keluarga Sempurna

EntertainmentFamily & Parenting
22 Jan 2025 • 2:30 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Setelah hampir dua tahun bergelar ibu tunggal, pelakon Puteri Sarah Liyana akui dia ada terfikir untuk kembali memegang gelaran seorang isteri sekiranya dipertemukan dengan calon yang sesuai.

Namun, menurut Mstar, Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata dia tidak pernah membuka topik ini dengan anak-anaknya kerana merasakan mereka masih kecil untuk memahami situasi itu.

Doakan yang terbaik walau siapa pun jodoh saya tapi hal ni tak pernah pun dibincangkan dengan anak-anak sebab mereka pun masih kecil untuk memahaminya.

image is not available

Sekarang pun mereka bahagia sahaja dengan kehidupan mereka malah tak kurang pun kasih sayang yang diberikan.

Pelakon itu turut menegaskan bahawa pentingnya persekitaran yang positif agar anak-anak dapat membesar tanpa tekanan.

Kata Puteri Sarah, emosi dan mental ibu juga memainkan peranan yang penting terhadap tumbesaran anak-anak.

Mungkin kalau anak-anak yang ada depresi atau merasa kehilangan, baru mereka akan bertanya sebab itulah penting persekitaran yang positif untuk anak-anak.

image is not available

Itulah pentingnya seorang ibu itu untuk bahagia dulu, contoh kalau saya sedih, menangis dengan apa yang berlaku, mesti anak-anak pun rasa benda tu.

Sekadar info, Puteri Sarah pernah mendirikan rumah tangga bersama Syamsul pada 2014 namun telah bercerai pada 14 Jun 2023.

image is not available 4 weeks ago

Enggan Rosakkan ‘Mood’ Bercuti, Puteri Sarah Pilih Abaikan Gosip Murahan - “Saya Taknak Dengar Apa Yang Orang Cakap Tentang Saya”