Doktor ditahan bantu siasatan kes cabul pesakit berusia 15 tahun

7 Jun 2024 • 10:38 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

IPOH - Seorang doktor ditahan bagi membantu siasatan kes cabul seorang remaja perempuan berusia 15 tahun.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah dalam kenyataan berkata, doktor berkenaan ditahan Rabu lepas susulan laporan yang dibuat remaja itu pada 9.14 malam, 4 Jun.

"Mangsa mengatakan telah diganggu secara seksual oleh lelaki dipercayai doktor semasa mendapatkan rawatan di wad kecemasan, Hospital Changkat Melintang,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat di bawah seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat Insp Mohamad Zulkarnaiin Jusoh di talian 013-9740294. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved