Doktor Kongsi Apa Perkara Perlu Buat Jika Digigit Anjing

Health & FitnessPets
3 Aug 2026 • 11:02 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila ramai yang meluahkan rasa kurang senang mengenai isu anjing liar. Ada yang mengatakan kes anjing liar ini perlu ditangani dengan segera oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kerana ada tempat yang kes berkenaan semakin berleluasa.

Bukan hanya itu, ada juga yang berkongsi keadaan anak kecil yang turut menjadi mangsa gigitan anjing liar.

Doktor kongsi apa nak buat jika kena gigit dengan anjing

Baru-baru ini seorang doktor perubatan di Klinik Singapore, Pulau Pinang, Dr Kent Khaw telah berkongsi beberapa perkara yang boleh dilakukan jika seseorang digigit anjing.

Kata Dr Khaw sejak dua bulan lalu dia telah melihat banyak kes digigit anjing berlaku di dua cawangan kliniknya di Jalan Terengganu dan Farlim.

Beliau turut memaklumkan ada pesakit yang datang mengalami luka kecil dan ada juga hanya calar.

“Tetapi ada juga lukanya begitu dalam sehingga saya terpaksa merujuk mereka ke hospital untuk surgical debridement (pembedahan untuk buang tisu mati, rosak atau dijangkiti pada luka), kerana ia tidak lagi sesuai dirawat di klinik.

“Ramai orang masih anggap gigitan anjing sebagai ‘luka biasa.’ Sebenarnya, gigitan anjing mempunyai risiko jangkitan yang tinggi,” jelasnya.

Dalam mulut anjing ada bermacam jenis bakteria

Kata Dr Khaw lagi, di dalam mulut anjing terdapat pelbagai jenis bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan pada kulit, tisu lembut, bahkan dalam kes tertentu ada juga yang boleh merebak sehingga ke bahagian tulang atau darah sekiranya ia tak dirawat dengan betul.

Maka jelasnya, rawatan awal adalah sangat-sangat penting.

Ini perkara yang boleh dilakukan jika kena gigit anjing

Tanpa berlengah jom kami kongsikan apa yang perlu dilakukan jika digigit oleh anjing:

#1 Basuh luka dengan segera

Image from: Doktor Kongsi Apa Perkara Perlu Buat Jika Digigit Anjing
Foto: Pexels

Seperti yang dimaklumkan, di dalam mulut anjing terdapat pelbagai jenis bakteria oleh itu adalah penting untuk anda segera membasuh luka gigitan berkenaan.

Bagaimana caranya?

Hanya perlu gunakan air yang mengalir serta sabun selama sekurang-kurangnya 15 minit.

Ini merupakan langkah yang begitu penting bagi mengurangkan risiko jangkitan serta rabies.

#2 Jangan tunggu luka teruk seperti bernanah baru jumpa doktor

Image from: Doktor Kongsi Apa Perkara Perlu Buat Jika Digigit Anjing
Foto: Pexels

Segera berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan pada luka tersebut. Para doktor akan menilai sama ada luka terbabit memerlukan:

  • Pembersihan yang lebih mendalam
  • Antibiotik
  • Jahitan

Jelas Dr Khaw lagi, tidak semua luka gigitan sesuai dijahit serta-merta.

#3 Pastikan status tetanus serta rabies dinilai

Image from: Doktor Kongsi Apa Perkara Perlu Buat Jika Digigit Anjing
Foto: Pexels

Bergantung kepada jenis haiwan, keadaan gigitan serta status vaksinasi haiwan berkenaan, anda mungkin memerlukan vaksin tetanus atau rabies post-exosure prophylaxis (PEP).

Menurut Dr Khaw, ramai hanya mengetahui mengenai rabies tetapi sebenarnya jangkitan bakteria selepas gigitan anjing jauh lebih kerap berlaku.

Jelasnya, jika ia tidak dirawat ia akan menyebabkan berlakunya jangkitan yang serius kepada bahagian tisu, sendi dan juga tulang.

“Sebagai doktor, saya berharap anda tidak perlu berjumpa saya kerana digigit anjing, tetapi jika ia berlaku, jangan tunggu. Jangan sapu ubat sendiri sahaja, jangan anggap ia luka biasa.

“Rawatan awal boleh mengelakkan komplikasi yang lebih serius.”

View on Threads
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved