Doktor Kongsi Cara Yang Harus Dilakukan Sekiranya Anggota Badan Terputus

Men's FashionHealth & Fitness
16 Dec 2022 • 6:18 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Kemalangan yang mendatangkan kecederaan sememangnya tidak diduga bahkan tiada sesiapa yang inginkan hal tersebut terjadi.

Namun insiden yang boleh mendatangkan kecederaan sama ada parah atau tidak sudah pasti boleh menimpa sesiapa sahaja.

paling mengerikan apabila ada bahagian anggota badan yang terputus.

Tidak dinafikan masih ramai di antara kita yang tidak tahu apa yang harus dilakukan oleh mereka sekiranya berhadapan dengan situasi sebegini.

Doktor kongsi cara hadapi situasi anggota badan yang terputus

Oleh itu, seorang doktor yang dikenali sebagai Dr. Samhan berkongsi cara yang perlu dilakukan sekirannya anggota badan seseorang terputus.

Menerusi bebenang di laman Twitter rasmi miliknya, Dr. Samhan menceritakan situasi di mana seorang lelaki terputus jari tangannya dan apa yang harus dilakukan.

Uruskan dahulu bahagian yang terselamat

Pertama sekali haruslah membersihkan dahulu bahagian yang teselamat (bahagian yang tidak terputus) dengan cara alirkan air bersih ke atasnya.

Kemudian, ambil kain bersih dan lilit pada bahagian yang darah memancut keluar serta ikat dengan kemas untuk menghentikan pendarahan.

Setelah selesai mengikat, tinggikan tangan dari aras jantung untuk mengurangkan tekanan darah dan kemudiannya ambil kain yang lebih besar jadikan bentuk segitiga untuk dijadikan anduh digantung pada leher.

Uruskan bahagian yang terpotong pula

Sekarang ketahui pula apa yang harus dilakukan dengan bahagian yang terpotong.

Pertama sekali, alirkan air bersih ke atasnya jika kotor. Kemudian balut bahagian anggota badan tersebut dengan kain atau kapas yang lembab.

Setelah dibalut kemas, letakkan bahagian yang terpotong ke dalam plastik yang kering.

Selepas itu, ambil plastik kedua dan isikan ais ke dalamnya, akhir sekali masukkan plastik pertama ke dalam plastik kedua dan bawa pesakit bersama bahagian anggota badan yang terpotong ke hospital.

Berikut adalah beberapa perkara yang tidak boleh dilakukan:

Harus diingatkan, jangan melengahkan untuk dibawa ke hospital. Lebih cepat, lebih tinggi kemungkinan jari boleh disambung semula.

Seterusnya, jangan rendam anggota terputus dalam air dan jangan sesekali letak air secara terus kerana boleh menyebabkan aliran darah terhenti akibat beku atau salur darah mengecut.

Akhir sekali, jangan sapu atau titik sebarang minyak/krim/serbuk di kawasan yang terputus kerana ia akan meningkatkan risiko jangkitan kuman.

Diharapkan perkongsian ini bermanfaat buat semua dan semoga kita sentiasa dihindari daripada terjadinya kemalangan sebegini.

Source:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved