'Selagi MN sebuah NGO, ahli Pas boleh sertai'

Politics
16 Dec 2022 • 1:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mohd Amar Abdullah

KOTA BHARU - Ahli Pas boleh menyertai Muafakat Nasional (MN) selagi badan itu bergerak sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, selain MN ahli Pas bebas menyertai mana-mana NGO yang diluluskan oleh kerajaan.

"Kalau menyertai parti lain, keahlian mereka akan gugur secara automatik jika berbuat demikian," katanya ketika ditemui pemberita pada Jumaat.

Menurut beliau, setakat ini belum ada sebarang larangan yang dikeluarkan oleh Pas menghalang ahlinya menyertai MN.

Ujarnya, setakat ini MN masih belum ada sebarang pertembungan dengan Pas.

Difahamkan MN kini mempunyai 20,000 ahli berbilang bangsa dan agama sejak keahliannya dibuka bulan lalu.

MN adalah NGO yang digerakkan oleh bekas Ketua UMNO Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved