“Doktor minta saya rehat” – Gara-gara Robot Vakum, Yana Samsudin Kena Darah Tinggi

Entertainment
5 Jan 2024 • 4:18 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Banyak perkara yang perlu dijaga ketika mengandung, ketika ibu-ibu sedang sarat banyak perkara yang perlu diambil kira memandangkan badan mereka sedang dalam keadaan yang sensitif baik dari segi emosi dan fizikal.

Terbaru, pelakon dan pengacara ternama tempatan, Nurliana Samsudin atau lebih dikenali sebagai Yana Samsudin berkongsi pengalamannya terpaksa dikerjarkan ke hospital kerana diserang praeklampsia iaitu sejenis penyakit darah tinggi yang sinonim dengan ibu hamil.

Dalam Instagram miliknya, Yana berkongsi ianya berpunca apabila dua anaknya berkelakuan aktif sehingga dia tertekan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin)

“Saya mula syak insiden semalam bawa mudarat kepada diri sendiri. Ceritanya saya bawa anak-anak saya ke pejabat sebab saya tak ada maid. Mateen pun akan tuisyen malam di pejabat juga. Saya dah pesan dekat anak-anak hanya duduk bermain di dalam pejabat.

Saya kata jangan keluar dari pejabat saya dan bermain di area staf lain sebab risau virus (Covid-19) mungkin ada lagi. Tapi dan nama budak-budak kan. Mereka main juga lari-lari,” tulisnya.

Pelakon Adnan Sempit itu mula ‘naik angin’ sejurus anak perempuannya makan penyapu robot vakum seperti lollipop.

Yana menyedari kesihatannya merudum dan dan segera mendapatkan rawatan, setibanya di hospital doktor meberikannya suntikan bagi membantu menurunkan tahap tekanannya.

Sebagai info, Yana Samsuddin kini sedang hamil lapan bulan.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.