Doktor Nasihat Ratu Elizabeth Diletak Di Bawah Pemantauan Kesihatan, ‘Bimbangkan’ Tahap Kesihatannya

8 Sep 2022 • 11:00 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Doktor Nasihat Ratu Elizabeth Diletak Di Bawah Pemantauan Kesihatan, ‘Bimbangkan’ Tahap Kesihatannya

Doktor Ratu Elizabeth II “bimbang” terhadap kesihatannya dan mengesyorkan agar ratu itu kekal di bawah pengawasan perubatan, kata Istana Buckingham dalam satu kenyataan pada Khamis.

“Baginda Ratu dalam keadaan stabil dan berada di Balmoral (Istana),” tambah kenyataan itu.

Adalah sangat luar biasa untuk Istana Buckingham mengeluarkan kenyataan seperti ini. Ia biasanya tidak akan memberikan ulasan mengenai hal perubatan Ratu yang berusia 96 tahun itu.

Putera Charles dan isterinya, Duchess of Cornwall dikhabarkan sudah dalam perjalanan ke Balmoral.

Duke of York dan Count and Countess of Wessex sedang dalam perjalanan ke estet Scotland, kira-kira 40 batu barat Aberdeen.

Duke of Cambridge juga dalam perjalanan, manakala Duchess of Cambridge kekal di Windsor bersama anak-anak mereka yang memulakan hari pertama persekolahan mereka.

Duke dan Duchess of Sussex, yang sepatutnya menghadiri acara amal di London, juga akan pergi ke Balmoral, kata jurucakap mereka.

Sebelum ini Ratu telah bertemu dengan Perdana Menteri Britain yang baharu, Liz Truss pada hari Selasa. Truss dalam ciapan di Twitternya, menulis bahawa seluruh negara prihatin akan berita kesihatan Ratu dari Istana Buckingham pada tengah hari tadi.

“Saya dan seluruh rakyat United Kingdom akan sentiasa bersama dengan Duli Yang Maha Mulia Ratu dan keluarga pada masa ini,” tambah Truss lagi.

Sumber: CNN