Doktor potong ‘kepala’ kemaluan lelaki yang kehitaman, akibat pakai cincin 24 jam

25 Jul 2024 • 4:29 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Bahagian hujung kemaluan seorang lelaki Amerika Syarikat terpaksa dipotong, selepas organnya itu mengalami kehitaman, setelah dipakaikan cincin sepanjang hari, lapor Daily Mail.

Pakar perubatan yang merawat lelaki berusia 68 tahun itu berkata, mereka terpaksa mengupas lapisan tisu mati dan bahagian hujung kemaluannya tidak dapat diselamatkan dan terpaksa dipotong.

Walau bagaimanapun, doktor menggunakan sebahagian isi dari paha pesakit untuk membina semula bahagian yang terjejas itu.

Pakai cincin 24 jam

Terdahulu, pesakit yang tidak dinamakan itu memaklumkan kepada doktor di Jabatan Urologi, Universiti California, dia telah memakai cincin itu di kemaluannya lebih kurang 24 jam, yang menyebabkan pengaliran darah di organ pembiakan itu tersekat.

Dia kemudian cuba mengeluarkan cincin itu seperti biasa, namun gagal dan terpaksa menggunakan playar.

Selepas seminggu, lelaki itu pergi ke hospital untuk mendapatkan bantuan kerana dia mengalami masalah untuk membuang air kecil.

Dalam jurnal Urology Case Report pakar berkata, ketika lelaki gelandangan itu datang, kemaluannya berwarna ungu luar biasa dan kulitnya melepuh. Doktor memasukkan kateter bagi memudahkannya membuang air kecil.

Bertukar menjadi kehitaman

Dua minggu kemudian, lelaki itu kembali lagi dengan keseluruhan kemaluannya telah bertukar kehitaman, jelas menunjukkan bahawa tisunya telah mati.

Pakar segera memberikan bantuan di mana tisu yang telah mati dipotong selapis demi selapis. Namun bahagian hujung kemaluannya tidak dapat diselamatkan dan terpaksa dibuang sepenuhnya.

Setelah beberapa hari, doktor mengambil sebahagian daging dari paha kanannya untuk membina semula bahagian yang terjejas dan dicantum pada kemaluan pesakit. Selepas pembedahan itu berjaya, keadaan pesakit dilaporkan stabil dan organ tersebut berfungsi dengan baik.

Pakar perubatan British memberi amaran kepada golongan lelaki untuk tidak menggunakan cincin sedemikian terutamanya yang diperbuat daripada logam, di mana ia boleh menyebabkan darah tersekat.

Walaupun alat tersebut boleh membantu lelaki mengekalkan ereksi dengan lebih lama, tetapi penggunaannya berisiko di mana organ tersebut boleh rosak.