Doktor rugi RM33,500 terperdaya iklan pinjaman di Facebook

LocalBusiness & Finance
4 Oct 2026 • 4:24 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Doktor rugi RM33,500 terperdaya iklan pinjaman di Facebook

KUALA LUMPUR – Terperdaya dengan iklan tawaran pinjaman wang menerusi Facebook, seorang doktor mengalami kerugian RM33,500 selepas menjadi mangsa penipuan pinjaman tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, mangsa berusia 37 tahun itu berminat membuat pinjaman secara dalam talian sebelum berurusan dengan seorang individu dikenali sebagai Adam Wong.

Menurut beliau, mangsa kemudian membuat lima transaksi ke empat akaun bank berbeza dengan jumlah keseluruhan RM33,500.

“Mangsa kemudiannya diminta membuat bayaran tambahan, namun mula berasa curiga sebelum menyedari dirinya dipercayai ditipu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa membuat laporan polis pada 2 Oktober lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa berurusan dengan suspek selepas tertarik dengan iklan pinjaman wang yang ditawarkan menerusi Facebook.

“Polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan individu yang terlibat serta meneliti transaksi membabitkan empat akaun bank berkenaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Doktor rugi RM33,500 terperdaya iklan pinjaman di Facebook appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved