Doktor ‘Sekolahkan’ Kenyataan Pempengaruh Wanita Dedah Masalah Herpes Suami

LocalHealth & Fitness
23 Jun 2025 • 7:48 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia pempengaruh Herpes

Pempengaruh dan usahawan, Keida Crepe dikecam hebat selepas memuat naik video mendedahkan dirinya dijangkiti herpes, dan secara terbuka mengaitkannya dengan suami. 

Menurut laporan Kosmo, perkongsian ‘hal dalam kain’ itu bukan sahaja mencetus kontroversi, malah turut mendapat teguran daripada pakar perubatan sendiri!

“Jangan cepat salahkan pasangan” – Dr Ahmad Samhan

image is not available

Dr. Ahmad Samhan menerusi Facebook menjelaskan bahawa herpes bukan hanya berpunca daripada hubungan intim semata-mata, malah boleh dijangkiti sejak kecil lagi.

Virus ni boleh datang dari banyak punca. Kadang masa kecil dah kena dari ciuman, sudu atau tuala yang dikongsi.

Katanya, virus herpes (HSV-1) boleh ‘tidur’ dalam badan dan aktif semula apabila imun lemah, contohnya ketika stres, haid atau demam.

Seks oral boleh jadi punca, tapi…

image is not available

Dr. Ahmad juga menyentuh isu seks oral sebagai salah satu punca jangkitan herpes, tetapi menegaskan ia bukan semata-mata salah lelaki.

Ada yang datang mengadu, ‘lepas saya buat oral sex, bibir melepuh…’ ya, boleh jadi punca. Tapi penting untuk faham, herpes bukan datang dari lelaki saja.

Antara gejala herpes mulut termasuk:

  • Gelembung kecil di bibir
  • Rasa gatal, panas, pedih
  • Demam ringan, rasa tak larat

Jangkitan boleh berlaku melalui:

  • Ciuman, walaupun tiada luka
  • Berkongsi barang seperti straw, lip balm
  • Sentuhan dari kawasan dijangkiti ke mulut

“Jangan kongsi barang peribadi!” – Nasihat pakar

image is not available

Dr. Ahmad menasihatkan orang ramai agar tidak ambil ringan jika alami bibir melepuh, dan sentiasa menjaga kebersihan diri.

Herpes mulut mudah berjangkit, kadang-kadang tanpa disedari. Lebih baik berjaga-jaga daripada menyesal kemudian.

Pssttt! Bila timbul isu kesihatan peribadi, jagalah aib dan maruah keluarga. Dapatkan nasihat pakar secara profesional, bukan dijadikan bahan tontonan umum.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.