“Susahnya Jadi Seketul Kieda” – Kieda Crepe Luah Rasa Hati

EntertainmentLifestyle
23 Jun 2025 • 10:38 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia kieda Crepe 2

Baru-baru ini, usahawan terkenal Kieda Crepe menerima kecaman ramai gara-gara berkongsi dijangkiti virus herpes di tepi bibir.

Lebih mengejutkan, Kieda secara bersahaja berkata, alat sulit suaminya ‘masam’ menjadi punca dia dijangkiti penyakit itu.

“Susahnya jadi seketul Kieda”

Terbaru, Kieda mendakwa dirinya sentiasa salah di mata orang. Dalam video berdurasi pendek itu, Kieda dilihat sedang memandu sambil meluahkan isi hatinya terhadap sikap sesetengah pihak yang suka menilai dan mengecam dirinya.

Buat baik orang kata, buat jahat lagi dikata. Melawak cara sendiri orang terasa, melawak cara orang kita terima.

Katanya lagi, walau apa pun yang terjadi, dia tetap akan terus jadi dirinya sendiri dan tidak akan berpura-pura hanya untuk diterima ramai.

Semoga terus jadi diri sendiri, tak fake, tak bertalam dan tak makan kawan walaupun ada yang tidak menyukai.

“Jadi diri sendiri, buruk diri sendiri”

image is not available

Menjengah ke ruangan kapsyen, Kieda turut menegaskan bahawa selagi dia tidak memburukkan orang lain, dia tak ada masalah untuk terus jadi diri sendiri.

Jadi diri sendiri, buruk diri sendiri. Selagi Kieda tak buruk orang lain, selagi tu Kieda takda masalah dengan orang lain.

Meskipun tidak menjelaskan secara terperinci, luahan Kieda ini dipercayai ada kaitan dengan kontroversi yang melanda dirinya baru-baru ini.

Sampai ada netizen takut nak beli produk risau dijangkiti penyakit! Apa pun, semoga Kieda terus kuat.

Pssttt! Sabarlah Kieda, yang penting bisnes Kieda terus maju!

Kredit: Instagram Kieda Crepe
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.