Doktor Temui Lima Contact Lens ‘Sembunyi’ Dalam Mata Pesakit

Health & Fitness
18 Feb 2025 • 6:20 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Doktor Temui Lima Contact Lens ‘Sembunyi’ Dalam Mata Pesakit

Sekumpulan pakar bedah plastik di China melaporkan kes luar biasa melibatkan seorang wanita berusia 33 tahun yang kehilangan lima kanta lekap (contact lens) di belakang mata kirinya tanpa disedari.

Difahamkan, wanita berkenaan mendapatkan rawatan di Hospital Pembedahan Plastik Akademi Sains Perubatan China, Beijing, bagi merawat atrofi separuh wajah yang dialaminya.

Keadaan ini menyebabkan bahagian kiri wajahnya kelihatan mengecut dan bola matanya sedikit tenggelam.

image is not available

Dalam usaha ‘merawat’ simetri wajahnya, pasukan perubatan memutuskan untuk menjalankan prosedur pemindahan lemak autologous bagi mengisi ruang kosong di belakang matanya.

Bagaimanapun, semasa prosedur itu, mereka menemui lima kanta lekap yang tersangkut di kawasan berkenaan.

Wanita itu kemudiannya memberitahu doktor bahawa dia pernah kehilangan beberapa kanta lekap dalam tempoh beberapa bulan sebelum ini tetapi tidak menyangka bahawa kesemuanya tersekat di dalam matanya.

Menurut pakar, atrofi separuh wajah yang dialami wanita itu menyebabkan tisu lemak dalam matanya mengecut, menjadikan ruang di sekeliling bola mata semakin luas.

Keadaan ini membolehkan kanta lekapnya terselit tanpa disedari.

Ketika suntikan lemak dilakukan di bahagian belakang mata, kanta-kanta lekap itu secara tidak langsung terkeluar.

“Nasib baik, dalam kes Ms. A, tiada sebarang komplikasi serius akibat kanta lekap yang tersekat itu.

“Namun, jika dibiarkan dalam tempoh yang lebih lama, risiko jangkitan mikrob dan luka pada kornea boleh meningkat,” menurut pasukan perubatan.

Kes ini menarik perhatian pakar oftalmologi kerana ia merupakan kes pertama yang mengesahkan kewujudan pelbagai kanta lekap tersembunyi di dalam konjunktiva mata seseorang.

Lebih mengejutkan, sepanjang tempoh kanta lekap itu tersekat, wanita itu tidak mengalami sebarang gejala luar biasa.

Sehubungan itu, pasukan perubatan menekankan kepentingan pemeriksaan mata yang lebih teliti sebelum menjalankan prosedur terhadap pesakit atrofi separuh wajah, terutamanya mereka yang kerap memakai kanta lekap.