Dikritik ‘Tak Sedar Diri’ Kerana Sering Pakai Kanta Lekap Berwarna, Ini Respon Fazley Yaakob

EntertainmentBeauty
27 Jan 2025 • 11:37 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Dikritik sering memakai kanta lekap berwarna, cef selebriti dan juga penyanyi Datuk Fazley Yaakob tampil memberikan respon mengenai kecaman itu.

Ujar Fazley, dia tidak melihat pemakaian kanta lekap berwarna itu sebagai sesuatu yang salah kerana dia sendiri merupakan duta ‘contact lens’ dari Korea Selatan.

Mengakui dirinya sering menjadi tumpuan sejak menjadi duda, pemakaian kanta lengkap selama ini yang menjadi kebiasaan semakin menjadi perhatian netizen di luar sana.

Tidak mengambil kisah pandangan orang, Fazley menganggap ia adalah lumrah sebagai seorang artis sekaligus mengambil peluang itu untuk mempromosikan produk secara tidak langsung.

Sekadar info, Fazley memaklumkan dia sudah bercerai dengan bekas isteri, Azrene Soraya Abdul Aziz setelah mendirikan rumah tangga selama 18 tahun.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 4 hours ago

Misha Omar Kesal Individu ‘Rembat’ Tempat Duduknya Di Konsert Ernie Zakri - “Awak Berlalu Pergi Dengan Senyuman Tanpa Minta Maaf...”