Doktor terima ayam, doa untuk bayaran kos rawatan 

17 Oct 2026 • 7:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Doktor terima ayam, doa untuk bayaran kos rawatan 

JAKARTA – Seorang doktor lelaki di Indonesia terharu kerana menerima seekor ayam hidup dan doa daripada pesakitnya yang tidak mempunyai wang yang cukup untuk membayar kos rawatan.

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @shomecare_renalia menunjukkan seorang warga emas memberikan sejumlah wang dan seekor ayam kampung kepada doktor yang merawatnya. 

Selain ayam, dia turut mengucapkan terima kasih dan mendoakan doktor tersebut. 

Meskipun sederhana, pemberian itu menjadi bentuk terima kasih yang sangat bermakna bagi doktor berkenaan. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 132,000 dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Ayam itu lebih mahal daripada kos rawatan,” kata seorang netizen. 

“Semoga doktor ini dipermudahkan segala urusan, dipanjangkan umur dan bahagia selalu,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

The post Doktor terima ayam, doa untuk bayaran kos rawatan  appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved