Doktor Terkedu Wanita Tetap Nak Jumpa Bidan Lepas Dapat Tahu Mengandung Luar Rahim, Percaya Boleh ‘Masukkan’ Balik

30 Jun 2022 • 3:09 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, satu perkongsiaan seorang pegawai perubatan swasta, Dr. Ahmad Samhan di akaun Twitternya menceritakan bahawa ada seorang wanita 20-an pada awalnya mengadu sakit perut hingga pergi ke bahagian kecemasan.

Difahamkan, wanita itu pada mulanya ingatkan keracunan makanan tetapi didapati positif apabila membuat ujian kehamilan.

Namun, apabila membuat ultrasound, rahim wanita itu kosong dan apabila beralih ke sebelah kanan, ada bengkak di kawasan tiub fallopian dan ‘free fluid’ di rongga badan.

image is not available

Melalui lapora Kosmo, wanita itu disahkan mengandungkan luar rahim dan perlu jalani pembedahan dengan segera.

Apa yang membuatkan doktor itu berasa terkejut apabila si ibu meminta wanita terbabit pulang ke kampung halaman untuk berjumpa dengan bidan untuk mengurut yang kononnya akan membetulkan semula kandungan untuk masukkan ke dalam rahim.

Selepas diyakin untuk membuat pembedahan dan hasilnya mendapati wanita itu kehilangan darah hampir empat liter serta dapat diselamatkan, namun kandungan dan tiub fallopion di sebelah kanannya terpaksa dibuang.

image is not available 22 jam lalu

(VIDEO) "Kau Nak Apa!" - Lelaki Berang Diintip 'Sesama Jenis' Dalam Tandas RnR