
NASHVILLE: Ikon muzik, Dolly Parton, menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Kanser Vanderbilt-Ingram pada usia 80 tahun.
Pemergian Parton diiringi keluarga dan rakan terdekat pada Selasa.
Sepanjang hayatnya Parton dikenali dengan rambut palsu perang besar serta menadi personaliti yang paling disayangi dalam dunia muzik dan hiburan.
Sepanjang kerjayanya, Parton menghasilkan ratusan lagu termasuk karya klasik seperti Jolene, Coat of Many Colors dan I Will Always Love You yang mencatatkan jualan lebih 100 juta unit di seluruh dunia serta lebih satu bilion penstriman dalam talian.
Selain itu, Parton merupakan seorang dermawan dan usahawan berjaya termasuk memgusahakan projek taman tema di kaki pergunungan Smoky Mountain, berhampiran tempat kelahirannya.
Parton juga mengusahakan organisasi pendidikan Imagination Library, yang menyediakan buku percuma kepada kanak-kanak di Tennessee.
Inisiatif itu turut didorong pengalaman bapanya yang berhenti sekolah untuk bekerja di ladang dan menghadapi kesukaran untuk belajar membaca.
Pada usia 10 tahun, Dolly sudah belajar bermain gitar dan bernyanyi dalam rancangan televisyen tempatan. Tiga tahun kemudian, pada usia 13 tahun, Parton membuat kemunculan di Grand Ole Opry di Nashville.
Selepas menamatkan sekolah menengah pada 1964, Parton membawa beg pakaian yang dipenuhi lagu ciptaannya lalu mengikuti bapa saudaranya, Bill Owens, yang juga seorang penulis lagu, ke Nashville.
Di Nashville, penerbit muzik Fred Foster melihat potensi besar Parton dan membantu memastikan lagu-lagunya dirakam oleh artis lain, selain menerbitkan rakaman Parton menyanyikan karya ciptaannya sendiri. -UTUSAN
The post Dolly Parton meninggal dunia pada usia 80 tahun akibat kanser appeared first on Utusan Malaysia.



