Dominasi Kedudukan Netflix, Squid Game 2 Catat 480 Juta Tontonan

WorldEntertainment
2 Jan 2025 • 3:56 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Squid Game 2 dominasi Netflix dan menjadi rancangan paling banyak ditonton di platform itu dengan jumlah catatan lebih 480 juta jam tontonan semasa minggu pertama pelancarannya.

Memetik laporan Yonhap, angka luar biasa itu bukan sahaja memastikan kedudukannya di tangga teratas kategori TV bukan berbahasa Inggeris.

Squid Game 2 dominasi Netflix

image is not available

Malah, ia juga mengatasi jumlah jam tontonan dalam kategori TV berbahasa Inggeris serta kategori filem berbahasa Inggeris dan bukan Inggeris bagi tempoh yang sama.

Dalam pada itu, siri ini juga mencipta rekod baharu untuk tontonan terbanyak dalam minggu tayangan perdananya, mengatasi rekod 448 juta jam tontonan yang dicapai musim pertama pada minggu keempat September 2021.

Walaupun baru ditayangkan pada Jumaat, musim kedua ini menduduki tempat ke-7 dalam senarai rancanan bukan bahasa Inggeris paling popular sepanjang masa di Netflix.

image is not available

Musim pertama “Squid Game” kekal di kedudukan teratas, diikuti siri Sepanyol “Money Heist” Bahagian 4 dan siri Perancis “Lupin” Bahagian 1.

Dalam perkembangan lain, poster promo yang dikeluarkan pada hari sama memberikan gambaran watak baharu, Cheol-soo akan muncul bersama patung animatronik besar yang mengesan pergerakan pemain dalam permainan itu, Young-hee.

image is not available

Watak baharu ini dijangka tampil dalam musim ketiga, yang mana premier musim ini akan dilancarkan sekitar tahun ini.

Sumber: Yonhap