Ramai Teruja Tengok Pelakon ‘Squid Game 2’ Main Permainan Tradisional Malaysia

Entertainment
2 Jan 2025 • 2:38 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seperti yang kita sedia maklum, program terkenal di Netflix, Squid Game 2 telah kembali dan ia kini sedang menjadi kegilaan ramai. Rata-rata peminat meluahkan rasa kagum apabila menontonnya.

Dalam musim baharu ini, kita didedahkan dengan beberapa lagi permainan ‘childhood’ dari Korea Selatan. Jadi, baru-baru ini, beberapa pelakon daripada siri tersebut berpeluang mencuba permainan tradisional dari Malaysia dan pastinya ramai yang teruja melihatnya.

Antara pelakon yang terlibat ialah Park Sung-hoon (pemain 120) yang membawa watak lelaki transgender, Kang Ha-neul yang membawa watak seorang bekas tentera marin yang juga pemain 388 dan Dong-geun, pemain nombor 007 yang bersama ibunya dalam permainan itu.

Park Sung-hoon telah mencuba permainan Batu Seremban. Dia pada mulanya membaca mengenai sejarah permainan tersebut sebelum mencubanya dan berjaya dalam permainan itu.

Dalam masa sehari, video ini yang dimuat naik Malaysia ini telah meraih 3.4 juta tontonan!

Sementara itu, Kang Ha-neul yang memegang watak Kang Dae-ho pula bermain Guli Panjang, di mana dia perlu mendapatkan lima atau lebih guli yang tersusun dengan cara membaling guli yang ada di tangannya.

Video tersebut memperlihatkan pelakon ini tidak berjaya membidik sasarannya sebelum berseloroh untuk tidak meminta ‘askar pink’ menembaknya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang teruja melihat ketampanan kedua-dua pelakon ini selain terhibur melihat aksi mereka.

image is not available image is not available

Sementara itu, Dong-geun pula telah mencuba main sepak takraw, namun gagal dalam menyelesaikan permainan tersebut. Lebih melucukan, dia cuba bermain sepak takraw dengan menanggalkan kasut, kononnya ia dapat membantu pelakon ini menendang bola dengan lebih baik.

Setelah mencubanya beberapa kali, Dong-geun akui bahawa permainan ini nampak mudah, tetapi sebenarnya sangat susah!

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen kagum melihat pelakon ini mencuba permainan tersebut. Bahkan ada yang bersoloroh, jika semua permainan kita ada dalam siri itu, mungkin mereka akan lebih cepat tersingkir.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Menerusi Variety, siri Squid Game 2 telah meraih 68 juta tontonan dalam masa 4 hari ia mula di tayangkan di Netflix dan ia adalah jumlah tontonan terbesar dalam sejarah kerana telah mengalahkan siri Wednesday yang meraih 50.1 juta jumlah tontonan pada tahun 2022.

Sumber : TikTok, Variety

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.