
Tangkak, Johor (27 Julai 2025) – Pusingan ketiga FIM MiniGP Malaysia 2025 berlangsung penuh aksi di Litar Lumba Tangkak, menyaksikan pelumba-pelumba muda tempatan terus menyerlah dalam empat kategori utama.
FIM MiniGP 190:
Qabil Irfan Azlan mengekalkan rentak cemerlang dengan dua lagi kemenangan berturut-turut, menjadikannya juara empat perlumbaan berturut-turut. Beliau kini mendahului keseluruhan dengan 150 mata

FIM MiniGP 160:
Adiknya, Qasha Irfan Azlan, turut meraih dua kemenangan bergaya selepas menewaskan pencabar dari Pahang. Qasha kini di tangga teratas dengan 136 mata.

SIC Ohvale Junior Championship (110cc):
Pelumba 10 tahun dari Negeri Sembilan, Ziqry Rayyan, menjuarai kedua-dua perlumbaan dengan prestasi mengagumkan. Kini berada di tempat ketiga keseluruhan dengan 84 mata.

RCB MiniMoto Championship:
Faith Mikael, 8 tahun dari Selangor, menang perlumbaan sulungnya selepas aksi penuh fokus. Dalam Perlumbaan Kedua, pendahulu keseluruhan, Fayyad Anaqi, bangkit selepas insiden jatuh dan kembali menang untuk kekal di tangga teratas dengan 108 mata.

Seterusnya, Pusingan Keempat akan berlangsung di Litar LYL pada 9-10 Ogos sebelum musim berakhir di Sepang, Oktober ini.
The post Dominasi Pelumba Muda di Tangkak: FIM MiniGP Malaysia 2025 Semakin Sengit appeared first on TW Media.
