Donald Trump Didakwa 'Cipta' Gambar Palsu Taylor Swift Guna AI, Peminat Berang!

21 Aug 2024 • 12:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump didakwa membuat kenyataan palsu dengan mengaitkan penyanyi popular, Taylor Swift sebagai penyokongnya.
 

Gambar dimuat naik di Media Sosial


Gambar-gambar yang disebarkan termasuk imej peminat Swift yang memakai t-shirt dengan tulisan "Swifties for Trump".

Timbul kemarahan


Tindakan ini telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan peminat pelantun lagu Cruel Summer itu.


Kelab peminat Swift, yang dikenali sebagai Swifties menuduh Trump menyebarkan maklumat palsu kerana penyanyi berusia 34 tahun itu tidak pernah memberikan sokongan rasmi kepada mana-mana calon dalam pilihan raya 2024.

 

Namun setakat ini tiada sebarang reaksi yang diberikan oleh pihak Swift berhubung perkara itu.


Swift pernah menyokong Parti Demokrat pada tahun 2020 dan mengkritik Trump melalui Twitter kini dikenali sebagai X.

Beliau menyifatkan Trump sebagai penyemarak kebencian dan rasisme, serta menggesa pengundi untuk mengundinya keluar pada pilihan raya tersebut .

Baru-baru ini, Swift terpaksa membatalkan tiga konsert di Vienna, Austria ekoran ancaman keselamatan yang mungkin berkaitan dengan kumpulan pengganas ISIS. 

Dua orang telah ditahan oleh polis kerana disyaki merancang serangan yang diinspirasikan oleh kumpulan tersebut.


Sumber: BBC