Donald Trump Ingin TikTok Kekal Bagi Memberikan Saingan Kepada Facebook dan Instagram

TechnologyDigital
17 Jul 2024 • 12:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Donald Trump yang merupakan calon presiden untuk parti Republican tahun in menyatakan sokongan kepada TikTok. Trump berkata beliau ingin TikTok kekal wujud bagi memberikan persaingan kepada Facebook dan Instagram menerusi temubual bersama Bloomberg BusinessWeek .

image is not available

Beliau juga berkata beliau tidak akan menyokong pengharaman operasi TikTok di Amerika Syarikat. Sokongan ke atas TikTok milik Bytedance mungkin diberikan oleh Trump kerana beliau pernah diharamkan selama lebih dua tahun daripada Instagram dan Facebook selepas menggunakan platform untuk memulakan rusuhan di Capitol Hill pada tahun 2021 selepas kalah kepada Presiden Joe Biden.

Sokongan yang diberikan sekarang adalah agak aneh kerana semasa beliau masih lagi presiden, Trump sendiri yang memulakan langkah untuk mengharamkan TikTok sehingga memaksa data pengguna Amerika dipindahkan ke pelayar milik Oracle. Pada ketika ini Trump mempunyai lebih banyak pengikut di TikTok berbanding Joe Biden.

Walaupun dibangunkan sebagai laman perkongsian video pendek, TikTok telah berevolusi menjadi platform penting untuk mendapatkan sokongan daripada golongan muda.