Donald Trump Pertimbang Tangguh Pengharaman TikTok Sehingga 90 Hari

TechnologyDigital
16 Jan 2025 • 7:25 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Donald Trump akan dilantik menjadi Presiden Amerika Syarikat pada 20 Januari depan. Sebagai presiden beliau boleh mengeluarkan arahan eksekutif dan antara arahan terawal yang bakal diberikan beliau mungkin ialah menangguhkan pengharaman TikTok antara 60 hingga 90 hari. Menurut laporan Washington Post, Trump sedang mempertimbangkan untuk memanjangkan tempoh jualan TikTok yang dikeluarkan oleh pentadbiran Biden pada Mac tahun lalu.

image is not available

Sebelum ini beliau telah dipetik berkata tidak mahu TikTok diharamkan dengan ia digunakan oleh beliau dengan jayanya ketika berkempen. Beberapa konsortium di Amerika Syarikat menyatakan hasrat ingin membeli TikTok. Isunya di sini ialah Bytedance tidak mempunyai perancangan untuk menjual TikTok dan menggunakan saluran mahkamah untuk membatalkan arahan Presiden Biden.

Pada 19 Januari ini, TikTok akan menghalang akses aplikasi kepada pengguna di Amerika Syarikat. Aplikasi pula akan dibuang daripada Play Store dan App Store bagi memenuhi arahan kerajaan. Dengan tarikh pengharaman semakin hampir, pengguna TikTok Amerika Syarikat sudah melakukan penghijrahan ke aplikasi alternatif seperti Xiaohongshu dan Lemon8 sejak hujung minggu lalu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved