TikTok Akan Menghalang Pengguna Amerika Syarikat Daripada Aplikasi Bermula 19 Januari

TechnologyDigital
15 Jan 2025 • 12:49 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Era TikTok di Amerika Syarikat akan berakhir pada 19 Januari ini sekiranya Mahkamah Agung tidak menolak arahan pengharaman operasi yang dikeluarkan Presiden Biden pada Mac tahun lalu. Menurut The Information, jika ini berlaku TikTok akan menghalang akses aplikasi popular ini pada tarikh tersebut. Notifikasi akan diberikan dalam aplikasi mengenai halangan yang dikenakan.

image is not available

TikTok diberikan sehingga 19 Januari untuk menjual perniagaan mereka di Amerika Syarikat kerana aplikasi dituduh melakukan intipan ke atas warna negara tersebut bagi pihak China. Tuduhan ini dinafikan oleh TikTok dan mereka berkata tidak berminat untuk menjualnya perniagaan mereka.

Sejak hujung minggu lalu, pengguna TikTok di Amerika Syarikat mula berpindah ke aplikasi alternatif seperti Lemon8 dan Xiaohongshu yang menawarkan pengalaman yang hampir serupa. Ramai berkata mereka enggan menggunakan platform media sosial yang dibangunkan di negara sendiri sebagai tanda protes kepada kerajaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved