Donald Trump Telefon Anwar Pagi-Pagi! Sah Akan Hadir Sidang Kemuncak ASEAN Oktober Ini

LocalPolitics
31 Jul 2025 • 1:01 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia donald Trump Anwar Ibrahim

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima satu panggilan telefon luar biasa seawal 6.50 pagi dari Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump!

Menerusi laporan Kosmo, Trump mengesahkan kehadirannya ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang akan berlangsung pada Oktober ini.

Bincang tarif, Donald Trump tangguh pengumuman

image is not available

Dalam nada serius tapi diplomatik, Anwar turut memaklumkan di Dewan Rakyat bahawa perbualannya dengan Trump tidak terhenti pada soal kehadiran semata-mata, malah turut menyentuh isu tarif perdagangan antara kedua-dua negara.

Setelah perbincangan dan penjelasan yang saya sampaikan, beliau memutuskan untuk menangguh pengumuman tarif keesokan harinya.

Beliau turut berharap keputusan itu tidak akan membebankan ekonomi negara.

MITI dan Amerika turut terlibat dalam rundingan

image is not available

Perbincangan tersebut turut diperkukuh dengan siri rundingan antara MITI dan United States Trade Representative, termasuk Setiausaha Perdagangan AS.

Kerjasama ini dilihat penting dalam memastikan hubungan perdagangan antara Malaysia dan Amerika kekal stabil dan menguntungkan.

Pssttt! Hubungan diplomatik yang baik mampu membuka banyak pintu peluang kepada negara. Doakan agar rundingan seperti ini terus membawa manfaat kepada rakyat dan ekonomi tanah air.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.