Donald Trump Tuntut Pampasan Iran Sebab Lakukan Serangan

WorldPolitics
11 Aug 2026 • 1:17 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Dia yang mula serang, orang lain pula kena bayar pampasan, gila dah Trumpet ni agaknya! Rundingan antara Amerika Syarikat dan Iran nampaknya semakin sukar untuk menemui jalan keluar apabila kedua-dua pihak kini berdepan isu pampasan sebelum sebarang persetujuan damai dicapai.

Ketika Tehran mahu Washington membayar pampasan perang terlebih dahulu, Presiden AS Donald Trump pula tampil dengan tuntutan balas.

Trump acah-acah baik

Close-up of a light brown bull with horns and a rope around its nose, wearing a red collar.

Trump menegaskan Iran juga perlu membayar pampasan kepada Amerika Syarikat atas pelbagai serangan dan kematian yang didakwanya mempunyai kaitan dengan Tehran.

Trump turut berkata bayaran berkenaan perlu merangkumi pampasan kepada keluarga penunjuk perasaan Iran yang dibunuh pihak berkuasa sejak 50 tahun lalu.

Dalam catatan lain, beliau turut mendakwa Iran perlu bertanggungjawab terhadap kematian dan kerosakan yang berlaku di Lubnan, Syria, Yaman dan Gaza.

Rundingan Selat Hormuz masih buntu

selat hormuz

Tuntutan baharu itu muncul ketika rundingan untuk menamatkan perang dan membuka semula Selat Hormuz masih belum mencapai persetujuan. Iran sebelum ini menetapkan syarat supaya AS menamatkan sekatan terhadap pelabuhannya selain menarik balik sekatan ke atas industri minyak negara itu.

Sekatan Iran terhadap Selat Hormuz pula menyebabkan harga bahan api meningkat dan memberi kesan kepada ekonomi dunia. Situasi tersebut turut menambah tekanan terhadap Trump menjelang pilihan raya pertengahan penggal pada November.

Menurut Axios, Trump bagaimanapun tidak menunjukkan rasa kecewa terhadap tindakan Iran yang menangguhkan perjanjian membuka semula Selat Hormuz dalam temu bual yang diterbitkan pada Ahad.

Tuntutan dibawa ke rundingan akan datang

iran

Trump turut mengaitkan tuntutannya dengan pengeboman USS Cole pada tahun 2000 yang sebelum ini didakwanya mungkin mempunyai kaitan dengan Iran.

Beliau menegaskan semua tuntutan pampasan tersebut tidak akan diketepikan sekiranya rundingan bersama Tehran diteruskan selepas ini.

iran

Sebelum ini, Trump pernah memberi amaran bahawa Iran boleh diserang dengan lebih keras, termasuk kemungkinan tindakan terhadap infrastruktur awam.

Namun, beliau kemudian dilihat memperlahankan pendekatan ketenteraan dan membayangkan bahawa rundingan damai semakin hampir.

The post Donald Trump Tuntut Pampasan Iran Sebab Lakukan Serangan appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved