‘Done, sayangku’ – Dr. Fie dah periksa CCRIS suami sebelum kahwin

Entertainment
10 Nov 2026 • 12:33 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Done, sayangku’ – Dr. Fie dah periksa CCRIS suami sebelum kahwin

PETALING JAYA – Nama rancak menjadi bualan netizen dalam media sosial susulan dakwaan negatif terhadap suaminya, Kapten Khairul, pempengaruh Dr. Afifah Tawfek atau lebih dikenali sebagai Dr. Fie tampil meluahkan rasa reda berhubung apa jua ujian yang melanda kehidupannya ketika ini.

Menurut bekas isteri kepada penyanyi dan usahawan, Nubhan itu, dia menyerahkan segala urusan hidup dan takdir kepada Yang Maha Esa tatkala berdepan pelbagai cabaran emosi.

“Apabila dunia dirasakan terlalu menekan, kembalikan hatimu kepada Allah. Dia Maha Mengetahui setiap perjuangan yang tidak pernah kamu lafazkan dan doa yang kamu bisikkan dalam kesunyian.

“Terima kasih semua yang hadir ke majlis kami. Yang paling penting, terima kasih kepada ahli keluarga dari pihak saya dan pihak suami. Kami tidak mampu melakukannya tanpa anda semua,” katanya menerusi satu hantaran media sosial hari ini.

Sementara itu, antara respons Dr. Fie yang mencuri perhatian ketika membalas komen netizen adalah ketenangannya dalam menerima ketetapan jodoh yang telah ditentukan buat dirinya selain bertindak mempertahankan status kewangan suaminya itu.

“Siapa saya nak tentukan segalanya.

Image from: ‘Done, sayangku’ – Dr. Fie dah periksa CCRIS suami sebelum kahwin
Tangkap layar interaksi antara Dr. Fie dan netizen di platform Threads.

“‘Done’ (selesai), sayangku (memeriksa latar belakang suami sebelum kahwin),” balasnya ringkas kepada netizen.

Dalam komen balas lain, dia berkata, bukan semua perkara perlu dijelaskan kepada orang ramai kerana cukup Tuhan yang mengetahui kebenaran sebenar.

“Bukan semua orang akan faham situasi di pihak anda, dan perkara itu tidak mengapa. Anda tidak perlu menjelaskan setiap babak dalam kehidupan anda. Allah Maha Mengetahui keseluruhan cerita.

“Allah dah atur jodoh saya. Apa jua ujian Tuhan saya terima dan berdoa dapat lalui dengan hati yang tenang.

“Ada perkara yang sangat berat untuk dijelaskan tetapi tidak pernah terlalu sukar untuk Allah fahami. Teruslah percaya dengan perancangan waktu-Nya,” ujarnya.

Difahamkan, segala khabar angin dan hal negatif yang bertebaran dalam media sosial mengenai Kapten Khairul adalah selepas seorang wanita yang mendakwa sebagai bekas isterinya mendedahkan bekas suaminya culas dalam menjaga anak serta pembayaran nafkah.

Terdahulu, Dr. Fie dan suaminya selamat bergelar suami isteri dalam sebuah majlis perkahwinan pada 1 November lalu di Seremban, Negeri Sembilan.

Sebelum itu, Dr. Fie dan Nubhan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada Disember 2025 selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga.

Perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 9, Ahmad Aaffan, 7, dan Afzan Nayille, 4 tahun. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Done, sayangku’ – Dr. Fie dah periksa CCRIS suami sebelum kahwin appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved