Personaliti media sosial, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau lebih mesra disapa Dr Fie, berkongsi kisah kejutan istimewa yang diberikan suaminya, Kapten Amrul Nizar Anuar sempena sambutan hari ulang tahunnya.
Menerusi perkongsian dalam siaran langsung di TikTok, Dr Fie mendedahkan suaminya menempah seluruh restoran mewah, Marini’s On 57 di KLCC, bagi membolehkannya menyambut hari jadi dalam suasana yang lebih tertutup dan privasi.
AdvertisementView this post on Instagram
Menurut Dr Fie, sebelum ini dia pernah memberitahu suaminya bahawa dia tidak mahu menyambut hari jadi di tempat yang dipenuhi orang ramai.
Minta Tempat Privasi, Sekali Restoran Jadi Kosong
Dr Fie berkata, dia tidak menyangka permintaannya itu benar-benar ditunaikan suaminya sehingga sanggup menyediakan ruang yang begitu privasi untuk mereka.
“Saya kata tak lama lagi hari jadi saya. Saya cakap dengan dia, saya tak boleh sambut kat tempat yang ada ramai orang. Nak privasi. Saya nak tengok dia sambut macam mana.”
Menurutnya, suaminya kemudian membawanya ke sebuah tempat yang langsung tidak mempunyai pelanggan lain.
“Betul-betul dia buat. Dia bawa saya kat tempat yang tiada orang. Memang kosong. Kami macam krik krik sebab ada tiga orang sahaja. Dah lah bulan puasa.”
Awalnya Janggal, Siap Risau Suami ‘Jual’ Dirinya
Dalam pada itu, Dr Fie mengakui dirinya berasa sedikit janggal dengan situasi tersebut pada awalnya.
Katanya, ketika itu dia masih belum begitu mengenali suaminya dan keadaan restoran yang kosong menyebabkan dirinya berasa pelik.
“Dulu, saya macam awkward sedikit dengan dia sebab saya tak kenal dia sangat. Dengan tak ramai orangnya kat situ, mestilah pelik. Takut nanti dia jual saya pula.”
Perkongsian tersebut dibuat selepas Dr Fie dan Kapten Amrul Nizar Anuar mendirikan rumah tangga pada 1 November 2026.
Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul Nizar
Untuk rekod, Dr Fie sah bergelar isteri kepada usahawan, Kapten Amrul Nizar Anuar dalam sekali lafaz pada 1 November 2026.
Sebelum ini, Dr Fie pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Nubhan pada Ogos 2015 sebelum mereka disahkan bercerai talak dua pada Disember tahun lalu.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 9, Ahmad Aafan, 7, dan Afzan Nayille, 4.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Disindir Perkahwinan Baru Tak Bertahan Lama, Dr Fie Beri Respon - "Doa Yang Baik-Baik Je Lah.."
The post Tempah Satu Restoran Mewah Di KLCC Semata Sambut Hari Lahir, Dr Fie Kongsi Momen Bersama Suami – “Kosong, Cuma Kami 3 Orang Dalam Tu” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





