Doogee S119 Mempunyai Jam Tangan Pintar Di Belakang dan Bateri 10200 mAh

TechnologyDigital
3 Feb 2025 • 4:57 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Terdapat banyak gimik jualan untuk telefon pintar di pasaran sekarang seperti sistem lampu LED, speaker gergasi, projektor terbina, sokongan stylus dan butang kamera khusus. Tetapi Doogee S119 mungkin mempunyai gimik paling aneh kerana ia mempunyai sebuah “jam tangan pintar” pada panel belakang telefon.

image is not available

Ia sebenarnya sebuah skrin bulat yang mempunyai rupa yang sama seperti sebuah jam tangan pintar. Panel skrin ini menyokong sentuhan dan oleh itu boleh digunakan untuk memaparkan waktu, menjawab panggilan telefon, memaparkan maklumat pemain muzik/media, ramalan kaji cuaca, kompas, dan pelbagai notifikasi yang biasa dilihat pada sepasang jam tangan pintar.

image is not available

Doogee S119 hadir dengan skrin 6.72″ IPS LCD, skrin belakang 1.32″ berbentuk bulat, dijana cip Mediatek MT8788, memori 8GB RAM, storan sehingga 512GB, dan bateri sebesar 10,200 mAh yang menyokong pengecasan berwayar 33W.

Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 100MP, lensa ultra lebar 5MP dan kamera mod malam 20MP sementara di hadapan pula sensor 16MP digunakan pada kamera swafoto. Sistem operasi yangd digunakan walau bagaimanapun masih lagi Android 14. Melengkapkan spesifikasi peranti ialah tubuh melepasi piawaian kalis air serta debu IP68 dan tahan lasak MIL-STD 810H. Peranti dijual pada harga bermula $239 (~RM 1070) sebuah.