Garmin Pay Diperkenalkan Di Malaysia – Public Bank Menjadi Yang Pertama Menyokongnya

TechnologyDigital
21 Jan 2025 • 4:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Garmin Malaysia hari ini secara rasminya melancarkan sokongan pembayaran menggunakan jam tangan pintar Garmin, iaitu Garmin Pay. Untuk tujuan kini, Garmin bekerjasama dengan Public Bank sebagai bank pertama yang menyokong ciri ini.

image is not available

Menggunakan Garmin Pay, pengguna dengan mudah boleh melakukan pembayaran di terminal dengan menyentuh jam tangan Garmin yang menyokongnya ke terminal pembayaran. Ini sekaligus memudahkan proses membeli atau membayar sebarang perkara selepas bersenam, atau ketika melakukan aktiviti luar, tanpa perlu membawa wang.

Sejumlah jam tangan Garmin menyokong ciri Garmin Pay ini, termasuk Instinct 3 yang dilancarkan hari ini. Selain itu, antara yang menyokongnya adalah model Forerunner 165 Series, Quatix 7 Pro, Descent Mk3 Series, VivoMove Trend Series dan banyak lagi.

image is not available

Pengguna Public Bank yang menggunakan kad kredit atau debit Visa dan Mastercard boleh pautkan kad mereka kepada Garmin Pay Wallet, dan menggunakan ciri pembayaran ini. Selari pengenalan ini, pengguna yang menggunakan Garmin Pay bermula 21 Januari sehingga 30 April 2025 ini, akan berpeluang menerima pulangan tunai sebanyak RM30 apabila melakukan tiga transaksi dengan minima RM80 setiap transaksi.