Doom Digerakkan Dengan Sebuah Dongel Lightning Ke HDMI

TechnologyDigital
7 Feb 2025 • 5:29 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Doom ialah permainan penembak FPS pertama yang dibangunkan oleh id Software, dan di zaman moden ini, ia sering digunakan sebagai contoh untuk mengesahkan binaan komputer yang cukup aneh sekali.

Terkini, ia telah dipasang dalam sebuah dongel Lightning ke HDMI yang berharga $49 (~RM220) yang dilengkapi dengan SoC Samsung dengan kelajuan 400MHz dan DRAM sebesar 256MB. Dongel tersebut mengandungi SoC ini kerana kabel Lightning menggunakan antaramuka USB 2.0 yang tidak mempunyai kadar penghantaran data yang cukup pantas untuk sambungan HDMI.

image is not available

Data yang dihantar melalui kabel Lightning dipadatkan, dan kemudiannya dinyahpadatkan pada bahagian dongel HDMI sebelum ia dikeluarkan pada paparan. Dengan spesifikasi SoC tersebut sahaja, ia dilihat lebih dari mencukupi untuk menggerakkan Doom, yang memerlukan sebuah cip pemprosesan Intel 386 dan 4MB RAM sahaja.

Walaupun boleh digerakkan, pembangun projek ini, Nyan_Satan mengatakan bahawa dia akan mengemaskini lagi projek ini untuk membolehkan permainan tersebut digerakkan pada kadar bingkai 60FPS.