“Jaga sensitiviti” – Ammar Nazhan Pertahan Kejadian Influencer Bukan Dibuat-buat!

Entertainment
6 Feb 2025 • 5:30 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pempengaruh, Ammar Nazhan tampil mempertahankan kejadian yang berlaku kepada kumpulannya baru-baru ini, ia susulan ada ‘pihak luar’ yang mendakwa kejadian rakannya hilang ketika melakukan aktiviti paranormal dalam sebuah hutan di Bandung itu adalah palsu.

Dalam keterangan yang diberikan menerusi Instagram miliknya, Ammar menjelaskan dia dan rakan memang diganggu dengan perkara mistik di vila yang mereka huni sampai terpaksa berpindah.

Peka dengan dakwaan ‘pihak luar’ yang mengatakan kejadian ini palsu, Ammar tampil memberikan kenyataan balas terhadap bukti yang kononnya ‘talent agency’ yang telah mengesahkan kepalsuan itu.

“Saya bagitahu kepada pihak luar dan kepada orang ramai di luar sana, bahawa talent agency hanyalah tandatangan kontrak dengan talent-talent saya dekat sini semua, berkenaan dengan job sahaja, kejadian di sini berlaku dengan betul dan tak ada unsur kepalsuan di sini.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ammar Nazhan (@amnazhan)

Dalam pada itu, Ammar Nazhan turut menegaskan bahawa ‘talent agency’ tidak sepatutnya bersuara kerana mereka tidak tahu kejadian yang berlaku.

“Benda ni boleh jadi satu fitnah, kepada pihak luar sana saya mohon maaf, kalau ada salah faham.”

Sebelum ini, penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice ada memberikan kenyataan dengan mendedahkan bahawa kejadian hilang tersebut adalah palsu. Caprice juga turut melampirkan perbualan daripada pihak yang dipercayai ‘talent agency’ yang mengesahkan kepalsuan tersebut.

Sumber : Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.