‘Dosa sebesar langit pun diampun Tuhan, inikan pula seorang ayah’ – Pesanan PU Riz jangan melampau mengutuk, keburukan tidak memadam kebaikan

OpinionLifestyle
22 Oct 2026 • 10:48 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: ‘Dosa sebesar langit pun diampun Tuhan, inikan pula seorang ayah’ – Pesanan PU Riz jangan melampau mengutuk, keburukan tidak memadam kebaikan

PENDAKWAH selebriti, PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail, menitipkan pesanan buat orang ramai agar tidak keterlaluan dalam membicarakan keburukan orang lain.

Menerusi perkongsian di media sosial, suami kepada selebriti Noor Neelofa itu mengingatkan bahawa keburukan seseorang tidak seharusnya menjadi alasan untuk menafikan segala kebaikan yang pernah dilakukannya.

PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail berkata, seseorang yang pernah gagal dalam sesuatu perkara masih mempunyai peluang untuk memperbaiki diri dan berubah menjadi lebih baik.

"Janganlah melampau menyebut perihal seseorang. Sekalipun mungkin ada keburukan individu itu tidaklah ia memadamkan segala yang kebaikan tentangnya. Tak perlu kutuk tidak memalukan sesiapa.

Image from: ‘Dosa sebesar langit pun diampun Tuhan, inikan pula seorang ayah’ – Pesanan PU Riz jangan melampau mengutuk, keburukan tidak memadam kebaikan

"Dia gagal dalam satu hal, bukan bermaksud sampai bila-bila dia di situ. Al-Quran mengajar jadi umat yang bersederhana juga tidak melampau dalam ukuran pada sesiapa.

"Sedangkan yang membawa dosa sebesar langit pun diampun Tuhan, inikan pula dosa seorang ayah yang mungkin ada baiknya," titipnya.

Warganet rata-rata bersetuju dengan pesanan PU Riz itu dan berharap masyarakat lebih berhati-hati dalam menilai kehidupan orang lain, selain tidak mudah menghukum seseorang hanya berdasarkan kesilapan lalu.

Sumber: Threads

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved