Dr Akmal diberi mandat gerakkan Himpunan Perpaduan Ummah, sasar sejuta umat Islam

LocalPolitics
12 Sep 2026 • 8:26 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Dr Akmal diberi mandat gerakkan Himpunan Perpaduan Ummah, sasar sejuta umat Islam
Ahmad Zahid Hamidi ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada PAU 2026 di WTC pada Sabtu. - Foto: SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh diberi mandat untuk menggerakkan Himpunan Perpaduan Ummah dengan sasaran menghimpunkan sejuta umat Islam di seluruh negara.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, mandat tersebut diberikan selepas mendapat persetujuan para perwakilan menerusi undian suara.

“Dengan ini saya mohon persetujuan untuk kita memberikan mandat kepada Ketua Pemuda UMNO bagi menggerakkan Himpunan Perpaduan Ummah.

“Mal (Muhamad Akmal), abah berikan mandat. Jalinkan kerjasama sebaik-baiknya dengan mereka (Pas) dan lakukan jelajah ke seluruh negeri sebelum kemuncaknya di peringkat pusat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid turut menggesa seluruh jentera parti supaya memberikan sokongan penuh terhadap inisiatif berkenaan.

“Saya meminta seluruh jentera Pemuda, Puteri dan Wanita UMNO untuk menyokong sepenuhnya usaha ini,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved