
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, menolak surat peletakan jawatan Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) bagi memastikan kesinambungan pentadbiran kerajaan negeri terus berjalan lancar.
Memetik laporan Berita Harian, Ab Rauf berkata keputusan itu dibuat setelah ADUN Merlimau itu mengemukakan surat peletakan jawatan sejurus selepas membuat pengumuman.
“Saya membuat keputusan menolak peletakan jawatan tersebut supaya beliau dapat meneruskan tugas sebagai EXCO kerajaan negeri. Hak untuk menerima atau menolak peletakan jawatan adalah hak Ketua Menteri,” ujarnya.
Baca juga:
Kanak-kanak lelaki lemas, jatuh dalam Terusan Sungai Dua di Bertam
‘Indonesia antara negara paling selamat jika Perang Dunia III berlaku’ – Prabowo
Polis kesan lelaki ‘Ucuk’, disyaki conteng kalimah suci di tokong
Terdahulu, Dr Akmal, mengumumkan peletakan jawatan sebagai EXCO ketika Perhimpunan Agung Pemuda UMNO, atas dasar tanggungjawab, prinsip, dan maruah, selaras dengan tuntutan akar umbi agar UMNO tidak lagi bekerjasama dengan DAP.
Sebelum ini, Ab Rauf dilaporkan berkata beliau tidak dapat membuat keputusan segera mengenai permohonan Dr Akmal kerana kerajaan negeri perlu merujuk dan berbincang terlebih dahulu dengan Yang di-Pertua Negeri, Mohd Ali Mohd Rustam.
The post Dr Akmal kekal sebagai EXCO Melaka appeared first on The Reporter.

