Dr Akmal sahut cabaran Satees debat isu sekolah vernakular

Politics
12 Mar 2024 • 3:11 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Dr Akmal

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Salleh bersedia menyahut cabaran bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam, Satees Muniandy untuk berdebat secara terbuka berkaitan isu sekolah vernakular.

Dr Akmal menerusi hantaran di Facebook miliknya meminta agar ahli majlis pimpinan sementara Urimai itu menetapkan tarikh, tempat dan masa yang sesuai untuk perdebatan.

"Set tarikh, tempat dan masa 'bro' saya datang.

"Kita terbuka untuk perbahasan mahupun perbincangan secara terbuka untuk isu sekolah satu aliran ini. Kasi Jadi," katanya pada Selasa.

Pada Isnin, Satees mencabar Dr Akmal untuk berdebat dengannya bagi memberikan kefahaman mengenai Perlembagaan Persekutuan.

Dia juga mendakwa Dr Akmal cuba mengeksploitasi isu itu untuk muncul sebagai 'hero Melayu'.

Bekas ahli DAP itu mengeluarkan cabaran tersebut sebagai respons kepada sindiran Dr Akmal terhadap bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P Ramasamy yang menggelarnya 'berkhayal' kerana mengatakan sekolah vernakular menyebabkan perpecahan kaum.

Ia selepas Dr Akmal menggesa kerajaan melakukan penilaian menyeluruh terhadap ekosistem pendidikan vernakular termasuk aspek keselarasan silibus, penerapan nilai kenegaraan dan penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Beliau turut mendakwa sistem pengasingan yang dilaksanakan bermula di peringkat sekolah menyebabkan wujud jurang nilai dan persefahaman dalam kalangan rakyat Malaysia selain tidak mencerminkan wawasan bangsa Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved