
PETALING JAYA: Pemuda Umno menyahut pelawaan ‘minum kopi’ daripada seorang wakil rakyat DAP untuk membincangkan isu berkaitan sekolah vernakular.
“Tetapkan tarikh, tempat, dan masa saya datang,” kata ketuanya, Dr Akmal Saleh di Facebook bagi menjawab Adun Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran.
Semalam, Rajiv mengajak Akmal berbincang mengenai isu berkaitan sekolah vernakular, susulan kritikan pemimpin Umno itu terhadap bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang, P Ramasamy.
Ramasamy dilapor berkata Akmal silap menyalahkan sekolah vernakular sebagai punca perpecahan kaum.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Ini selepas Akmal mencadangkan suatu dialog nasional diadakan bagi membincangkan integrasi aliran pendidikan kebangsaan dan vernakular, bagi merapatkan kembali jurang perpaduan antara kaum.
Rajiv mencadangkan Akmal memulakan dialog dengannya.
“Kita terbuka untuk perbahasan mahupun perbincangan secara terbuka untuk isu sekolah satu aliran ini,” jawab Akmal.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
