Dr Amalina Selamat Lahirkan Cahaya Mata Perempuan

Entertainment
18 Oct 2022 • 5:53 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Dr Amalina bersama cahaya matanya Arabella. - Gambar dari Instagram Dr Amalina

Pakar bedah dan pempengaruh tersohor, Dr Amalina Bakri telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan di Hospital St Thomas, pada minggu lalu.

Perkara itu telah didedahkan sendiri oleh Dr Amalina menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagramnya sebentar tadi.

“Kami ingin perkenalkan puteri kami yang cantik, Arabella Mia, lahir pada minggu lepas di Hospital St Thomas.

“Kami menyayangi dan menghargai setiap saat dengan si kecil kami ini. Kami teruja untuk melihat masa depan, Alhamdulillah. Dengan penuh cinta - Amalina & Alex,” katanya.

Hantaran itu telah menerima banyak respon daripada rakan-rakan, peminat serta pengikutnya dan mereka terdiri daripada pelbagai golongan termasuk selebriti tempatan, golongan profesional seperti doktor.

Tahniah buat Dr Amalina di atas kehadiran cahaya matanya itu.

Arabella Mia adalah cahaya mata sulung Amalina bersama Alexander Charles selepas mereka mendirikan rumahtangga pada tahun lepas. - Getaran, 18 Oktober 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved