Selamat bersalin, Dr Amalina kini bergelar ibu, dedah wajah anak perempuan

Family & Parenting
18 Oct 2022 • 7:11 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

BERSALIN seminggu yang lalu, pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr Amalina Che Bakri kini bergelar ibu kepada seorang cahaya mata perempuan.

Dr Amalina, 35 yang sedang berkhidmat dan menyambung pelajaran di United Kingdom (UK) berkongsi telah bersalin seminggu yang lalu.

Menerusi hantaran di laman sosial Instagram, Dr Amalina memuat naik foto beliau dan puteri sulungnya.

image is not available

“Kami ingin memperkenalkan anak perempuan kami, Arabella Mia yang dilahirkan di Hospital St. Thomas seminggu lalu.

“Kami menghargai setiap saat dengannya dan teruja untuk melalui masa akan datang bersama, Alhamdulillah,” titipnya.

Warga maya rata-rata teruja dengan perkembangan terbaru Dr Amalina dan menitipkan ucapan tahniah atas kelahiran cahaya mata sulungnya. Bahkan ada yang menegur penampilan Dr Amalina yang nampak bertenaga.

-“Tahniah Dr Amalina dan Alex atas kelahiran Arabella Mia.”

-“Assalamualaikum Arabella Mia.”

-“Tahniah doktor, gembira untuk Dr dan keluarga.”

-“Comelnya, doktor nampak gorgeous tidak macam baru bersalin.”

-“Alhamdullilah. Semoga membesar menjadi anak yang solehah berjasa pada ibu dan ayah.”

image is not available

 

Dr Amalina mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Alexander Charles pada 31 Mac 2021 di London.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang penuh inspirasi.