Dr Asyraf Wajdi Berbangga, Graduan TVET ‘Mendunia’ Raih Pendapatan Hingga RM20,000 Sebulan Bekerja Di Qatar

LocalBusiness & Finance
6 Jun 2025 • 3:14 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkongsi penemuannya secara kebetulan dengan seorang graduan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bawah MARA ketika dalam penerbangan pulang dari Doha ke Kuala Lumpur.

Kata Asyraf Wajdi, graduan bernama Ibrahim itu menyapanya dan memaklumkan bahawa dia merupakan ‘anak MARA’ yang telah tamat mengikuti bidang Sijil Teknologi Fabrikasi di IKM.

Ibrahim kemudian melanjutkan cerita bahawa dia kini bekerja sebagai mekanik badan kapal terbang di Qatar Airways di Doha dengan pendapatan antara RM17,000 hingga RM20,000 sebulan.

image is not available

Ujar Asyraf, kisah Ibrahim itu menjadi bukti bahawa graduan TVET boleh berjaya dan menjadi tenaga kerja mahir hingga ke peringkat antarabangsa.

Bukan itu sahaja, menurut pemuda dari Merlimau, Melaka itu juga, semua rakan-rakan ‘batch’ lepasan IKM kini mendapat pekerjaan bergaji serupa dalam bidang yang sama dengannya.

image is not available

image is not available

Siapa kata lulusan TVET tidak boleh berjaya? Bidang kemahiran dan vokasional yang ditawarkan MARA sama ada di GiatMARA, IKM, Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Malaysia-Japan Industrial Institute (MJII) mahupun pada peringkat tertinggi seperti Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan German-Malaysian Institute (GMI), terbukti mampu melahirkan ramai tenaga kerja mahir bukan saja untuk negara bahkan ke peringkat antarabangsa.

 

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 month ago

Pelajar Cemerlang SPM Yang Hafaz Al-Quran Diberi Keutamaan Dapat Pembiayaan MARA - Dr Asyraf Wajdi