Dr Fie beli kereta elektrik Proton eMAS 7, ibu ucap tahniah – “Lepaskan apa yang dah pergi..”

LocalCars
15 Jan 2026 • 10:57 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Bekas isteri kepada penyanyi Nubhan, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau lebih mesra disapa Dr Fie membeli sebuah kereta elektrik (EV) Proton eMAS 7, baru-baru ini.

Berita gembira itu dikongsikan oleh ibu kepada Dr Fie iaitu Dr Zailah Zainudin dalam satu hantaran di media sosialnya dengan menzahirkan ucapan tahniah buat anak sulungnya itu.

Dr Fie beli kereta elektrik Proton eMAS 7

image is not available

“Tahniah anakku! Lepaskan apa yang dah pergi, perkara lebih baik akan datang. Not every loss is a loss,  sometimes it’s an upgrade.
“Nikmati ‘mainan’ baharu awak, sememangnya layak! Jom jalan,” ujar Dr Zailah.

Artikel lain: Dr Fie terkejut Nubhan tak hadir prosiding sulh -“Anak nak sekolah, kami tiada tempat tinggal”

Dr Fie beli kereta elektrik Proton eMAS 7

image is not available

Tahniah Dr Fie!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan tahniah dan tumpang gembira atas kejayaan Dr Fie walaupun menghadapi pelbagai dugaan sebelum ini.

image is not available

Beruntung Dr Fie ada keluarga yang sentiasa menyokong

Netizen turut bersyukur apabila Dr Fie memiliki ibu bapa yang tidak pernah berhenti memberi sokongan kepada anak untuk kembali kuat menjalani kehidupan baharu.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Sekadar info, Dr Fie mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Nubhan pada 29 Ogos 2015 sebelum disahkan bercerai talak dua pada Disember lalu di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 9, Ahmad Aafan, 7, dan Afzan Nayille, 4 tahun.

Sumber: Threads @Dr Zailah Zainudin