Nubhan Nafi Dakwaan Gunakan Akaun Palsu Serang Bekas Isteri – “Bukan Saya”

LocalEntertainment
12 Jan 2026 • 11:05 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Penyanyi Nubhan, 39, menafikan dakwaan bahawa dia mencipta akaun palsu untuk menyerang bekas isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, di media sosial.

Nubhan menegaskan tuduhan itu tidak benar dan disifatkan sebagai cubaan untuk memburukkan namanya serta mengundang kebencian netizen.

Advertisement

Menurutnya, dia tidak mempunyai masa atau niat untuk melakukan perkara tersebut kerana kini memberi tumpuan kepada kerjaya, keluarga dan perniagaan.

image is not available

Mengulas kecaman serta gesaan boikot terhadap dirinya, Nubhan berkata dia menerima segala reaksi dengan hati terbuka dan hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk semua pihak. Dia juga memilih untuk tidak membuka aib rumah tangga demi menjaga perasaan anak-anak.

Dalam pada itu, Nubhan menegaskan kebajikan tiga anaknya sentiasa menjadi keutamaan dan hubungan dengan bekas isteri masih berjalan secara profesional demi anak-anak.

Dia turut menolak dakwaan menyerang balas di media sosial, sebaliknya hanya berkongsi perkara berkaitan kerjaya dan peminat. Untuk rekod, Nubhan dan bekas isterinya sah bercerai buat kali kedua pada 1 Disember tahun lalu.

image is not available2026-01-08 17:09:43

Dr Fie Kecewa Nubhan Tidak Hadir Proses Sulh - "Anak-Anak Nak Sekolah, Kami Tiada Tempat Tinggal"

The post Nubhan Nafi Dakwaan Gunakan Akaun Palsu Serang Bekas Isteri – “Bukan Saya” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.