Dr Hisham Jelaskan Status Kesihatan Najib Lepas Anak Dakwa Bapa Tak Dilayan Dengan Baik?

Politics
13 Sep 2022 • 11:36 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Petang semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham telah mengeluarkan kenyataan mengenai status kesihatan bekas Perdana Menteri Najib Razak.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Dr Hisham mengatakan bahawa pada Jumaat lalu, Najib telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi memastikan kesihatannya berada pada tahap yang baik dan optimum, bukan kecemasan.

Ketika itu, pemeriksaan dan ujian telah dijalankan oleh barisan pakar HKL yang juga terdiri daripada ketua-ketua jabatan ke atas Najib sebelum dua sidang antara keluarga yang turut dihadiri Najib dan ahli keluarganya telah dibuat bagi memaklumkan mengenai keputusan ujian.

Mereka juga telah dimaklumkan mengenai keputusan sebulat suara pakar-pakar perunding agar beliau dibenarkan didiscaj daripada HKL. Dimaklumkan juga bahawa jenis ubat yang dipreskrib semasa kemasukan wad adalah sama jenisnya dan dalam senarai ubatan KKM.

Keadaan beliau juga sihat sebelum dibenarkan discaj daripada HKL.”

Untuk pengetahuan korang, kenyataan ini dikeluarkan selepas anak Najib, Nooryana membuat dakwaan mengatakan bapanya tidak menerima rawatan perubatan yang sepatutnya serta mengatakan ubatnya telah ditukar hingga mungkin menyebabkan tekanan bacaan darah tingginya naik mendadak.

image is not available

Sementara itu, anak Presiden UMNO Zahid Hamidi, Nurul Hidayah turut memuat naik tangkap layar menunjukkan penjelasan anak Najib mengenai keadaan bapanya.

Memang tak ada hati perut langsung! Tak guna pun ada PM UMNO macam ni! This is too much!”

image is not available

Manakala sebentar tadi perbicaraan 1MDB di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah pun ditangguhkan selepas Najib dimasukkan ke dalam Hospital Kuala Lumpur semalam.

Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengatakan Najib sakit ekoran isu dengan tekanan darahnya.

Hospital tak beritahu berapa hari tapi harini memang tak boleh dan saya pasti esok juga.”

Kita tunggu je lah update seterusnya mengenai keadaan kesihatan Najib ni.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.