Dr Jezamine Akhirnya Tampil Bersuara Mengenai Isu Bekas Suami, Harith Iskander Hina Agama Islam

LocalEntertainment
27 Jan 2025 • 2:47 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Dr Jezamine Harith Iskander

Bekas isteri dan pengurus kepada pelawak terkenal Harith Iskander iaitu Dr Jezamine Lim tampil memberi kenyataan berhubung kontroversi panas melibatkan Harith yang didakwa menghina Islam. 

Menurut laporan Harian Metro, Jezamine berharap pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan kebencian terhadap Harith akan menerima akibat atas perbuatan mereka.

Menerusi hantaran di Instagram, Jezamine tetap mendoakan agar individu terbabit diberikan ketenangan dan berubah ke arah kebaikan.

Kepada individu yang menyebarkan kebencian, saya berharap anda menemui ketenangan dan sedar bahawa tenaga itu boleh dimanfaatkan untuk menyebarkan kasih sayang dan kebaikan.

Persembahan Harith Iskander terpaksa dibatalkan selepas dapat ancaman

image is not available

Dalam video yang dikongsi, Jezamine menunjukkan rakaman Harith berlatih bersama anak-anak sebagai gimik pembukaan persembahan stand-up comedy di Dewan Filharmonik Petronas (DFP). 

Namun, persembahan tersebut terpaksa dibatalkan selepas Harith menerima ancaman bunuh. Jezamine percaya pihak berkuasa akan menyiasat isu ini dengan adil.

Kami yakin pihak berkuasa dapat menguruskan perkara ini secara profesional. Fokus kami kini adalah kepada keluarga, keselamatan, dan sokongan daripada orang ramai.

Sokongan orang ramai jadi kekuatan

image is not available

Dalam masa yang sama, Jezamine mengucapkan terima kasih kepada mereka yang tidak putus memberi sokongan kepada Harith dan keluarganya.

Kebaikan anda adalah peringatan kuat bahawa masih wujud kebaikan di dunia ini, dan ia memberi kami kekuatan untuk terus maju.

#OhmediaNasihat

Penyebaran kebencian tidak akan membawa kebaikan kepada sesiapa. Sebagai masyarakat, kita harus lebih berhati-hati dalam menyebarkan sesuatu isu dan sentiasa memupuk empati serta kebaikan kepada orang lain.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


The post

appeared first on

.