Ugut Harith Iskander Dan Keluarga, Seorang Lelaki Ditahan Polis

Entertainment
26 Jan 2025 • 10:50 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, Dewan Filharmonik PETRONAS telah mengumumkan menerusi laman web mereka bahawa stand-up comedy show Harith Iskander telah dibatalkan.

image is not available

Menerusi Instagram, pengurus pelawak itu yang juga bekas isterinya, Dr Jezamine Lim, pembatalan show komediri di DFP itu kerana Harith dan keluarganya telah menerima ugutan bunuh daripada seseorang individu berikutan jenaka ham yang dibuat oleh Harith di Facebook minggu lalu.

Difahamkan juga, ugutan itu juga melibatkan anak-anak mereka, jadi untuk memastikan keselamatan semua pihak, stand-up comedy show yang sepatutnya berlangsung malam tadi telah dibatalkan oleh pihak pengurusan Dewan Filharmonik PETRONAS.

image is not available

Memetik laporan Harian Metro pula, seorang individu iaitu seorang lelaki berusia 31 tahun yang disyaki membuat ugutan terhadap pelawak itu dan keluarganya telah ditahan polis.

Difahamkan, lelaki itu menghubungi mangsa dan mengugut mahu membunuh pelawak itu berikutan pelawak itu membuat jenakan tentang isu halal ham yang tular baru-baru ini.

Telefon bimbit suspek juga dirampas untuk membantu siasatan polis.

Sumber: Harian Metro

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved