Dr Kamarul akan rayu keputusan bayar RM400,000 Hannah Yeoh

LocalPolitics
30 May 2025 • 11:21 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Laporan Sinar Harian berhubung Dr Kamarul diperintah bayar RM400,000 kerana fitnah Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR – Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan di Putrajaya bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat, yang memerintahkannya membayar RM400,000 kerana memfitnah Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, lapan tahun lalu.

Dr Kamarul berkata, tindakan itu diambil bagi mencabar keputusan berkenaan dari segi fakta dan undang-undang.

Beliau menegaskan, sama sekali tidak bersetuju dengan dapatan serta asas penghakiman yang telah membawa kepada keputusan tersebut.

“Saya percaya pada sistem perundangan kita yang memberi ruang dan peluang untuk seseorang mendapatkan keadilan secara menyeluruh melalui proses rayuan.

“Saya akan menggunakan saluran undang-undang yang sah bagi mempertahankan hak dan kebebasan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Bagaimanapun, beliau menghormati keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah tinggi itu.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada barisan peguamnya termasuk semua pihak yang telah memberi sokongan, sepanjang prosiding ini berlangsung.

Menurutnya, proses itu jauh daripada berakhir dan beliau memohon semua pihak memberi ruang kepada mahkamah untuk meneliti semula perkara berkenaan secara menyeluruh di peringkat rayuan.

Pada Jumaat, Hakim, Datuk Aliza Sulaiman memerintahkan Dr Kamarul Zaman membayar RM400,000 kerana memfitnah Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, berhubung dua hantaran di laman sosial Facebook, lapan tahun lalu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved