Hannah Yeoh menang saman fitnah, pensyarah kanan diarah bayar RM400,000

LocalPolitics
30 May 2025 • 3:26 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan kemenangan berpihak kepada Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh selepas beliau memfailkan saman fitnah terhadap pensyarah kanan Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff.

image is not available

Kamarul Zaman perlu bayar ganti rugi kepada Hannah Yeoh

Memetik laporan daripada Harian Metro, menerusi keputusan Hakim Datuk Aliza Sulaiman, Kamarul Zaman diarahkan membayar ganti rugi berjumlah RM400,000 kepada Hannah berhubung dua hantaran Facebook yang dimuat naik kira-kira lapan tahun lalu.

Walau bagaimanapun, Kamarul Zaman tidak hadir ke mahkamah semasa prosiding berlangsung.

image is not available

Kamarul Zaman dakwa Hannah Yeoh cuba menyebarkan agama Kristian

Difahamkan saman telah difailkan Hannah pada tahun 2022 itu berkaitan dua hantaran Facebook yang dimuat naik antara 10 hingga 17 Mei 2017.

Dalam hantaran tersebut, Kamarul Zaman mendakwa Hannah mempunyai niat menyebarkan agama Kristian melalui politik, malah turut memetik buku autobiografi Hannah, “Becoming Hannah: A Personal Journey”.

Antara dakwaannya yang dibuat Kamarul Zaman adalah termasuk Hannah berniat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian.

“Sebagai seorang pensyarah dan seorang Muslim, saya mempunyai tanggungjawab untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai kandungan buku itu memandangkan saya bimbang mereka mungkin terpengaruh dengan Kristian dan sebagai seorang penganalisis politik, saya mempunyai hak untuk mengulas mengenai isu politik di Malaysia,” ujarnya sebelum ini.

Menteri KBS dedah buku tak pernah diharam KDN

Namun begitu, Hannah dalam keterangannya menegaskan bahawa bukunya itu telah diulang cetak sebanyak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Tiada bukti bahawa mana-mana orang Islam terpesong akidah dengan membaca buku berkenaan dan perkara itu disahkan oleh pemimpin Islam di negara ini,” kata Hannah.

image is not available

Beliau juga menyifatkan dua hantaran tersebut sebagai satu bentuk serangan peribadi yang bertujuan menyinggung perasaan, menghina dan memfitnahnya.

Dengan keputusan ini, Hannah Yeoh bukan sahaja membersihkan namanya, malah membuktikan bahawa fitnah tidak boleh dibiarkan tanpa pembelaan.

Sumber: Harian Metro (Suraya Roslan)